Maklumat Umum

PINJAMAN
Kelayakan pinjaman berbeza mengikut kategori keahlian. Lihat kelayakan pinjaman.

PERKHIDMATAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN LAYAN DIRI
Mesin Pinjaman & Pemulangan Layan Diri adalah perkhidmatan yang disediakan oleh PHCTM untuk memudahkan pelanggan perpustakaan meminjam dan memulangkan bahan secara layan diri tanpa melalui Kaunter Pinjaman. 

KEMUDAHAN INTERNET
Semua komputer di dalam perpustakaan disediakan dengan kemudahan internet. Di samping itu, Perpustakaan juga mempunyai kemudahan WIFI.

RUANG MEMBACA 24 JAM
Ruang yang terletak di hadapan pintu masuk Perpustakaan dilengkapi dengan kemudahan WIFI dan pengguna juga disediakan dengan ruang yang selesa untuk perbincangan berkumpulan.

BILIK MESYUARAT
Bilik Mesyuarat Perpustakaan dibenarkan untuk tujuan perbincangan sekiranya tidak digunakan dengan syarat perlu ditempah terlebih dahulu.

BILIK DISKUSI

Bilik Diskusi turut disediakan di Perpustakaan dan boleh memuatkan 16 orang pada satu-satu masa. Penggunaan Bilik Diskusi adalah percuma dan boleh ditempah melalui Sistem Tempahan Bilik Diskusi di Kaunter Pendaftaran.

MAKMAL MULTIMEDIA
Makmal multimedia boleh memuatkan 26 orang pada satu-satu masa dan boleh ditempah oleh pelanggan Perpustakaan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

BILIK TAYANGAN
Dapat memuatkan 40 orang pengguna. Sila berurusan dengan kakitangan untuk tempahan.

LOKAR
Disediakan kepada pengguna dan dikenakan bayaran yang minima iaitu RM5 sebulan dan deposit sebanyak RM15. Sewaan Lokar menggunakan wang syiling juga disediakan dengan bayaran 50 sen setiap kali digunakan.

PAMERAN BUKU BARU
Buku-buku baru akan dipamerkan di ruangan pameran buku baharu. Pengguna boleh terus membuat pinjaman bagi buku tersebut.

PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN
Pinjaman buku dari perpustakaan lain di mana buku tersebut tiada dalam koleksi Perpustakaan UKM. Perkhidmatan ini adalah percuma

PERKHIDMATAN PEMBEKALAN DOKUMEN (SPP)
Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (SPP) Pengguna perpustakaan boleh membuat permohonan untuk mendapatkan salinan artikel yang tidak terdapat di Perpustakaan PPUKM melalui perkhidmatan pembekalan dokumen secara dalam talian. Permohonan adalah menggunakan sistem i-Quest (http://www.iquest.net.my).

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN
Perpustakaan PPUKM juga menyediakan Perkhidmatan Permohonan Sistem Pembekalan Dokumen, Pinjaman Antara Perpustakaan, cadangan buku baru dan pendaftaran secara dalam talian bagi memudahkan pelanggan memohon dan memperolehi bahan dan maklumat yang diperlukan.

KURSUS KEMAHIRAN MAKLUMAT
Kursus Kemahiran Maklumat disediakan di perpustakaan untuk membina kemahiran mengakses bahan dan maklumat secara berkesan bagi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Kursus ini disediakan secara berjadual dan secara atas permintaan pelanggan.
 

PERKHIDMATAN PAKEJ MAKLUMAT
Merupakan permohonan untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu bidang/ tajuk berkaitan perubatan daripada pelbagai sumber maklumat samada bercetak, media atau elektronik.

PERKHIDMATAN 'PAY PER VIEW'
Menyediakan perkhidmatan pembekalan artikel jurnal yang tidak dilanggan oleh Perpustakan iaitu bagi beberapa pangkalan data yang tidak dilanggan perpustakaan. Perkhidmatan ini adalah percuma. Permohonan adalah menggunakan sistem i-Quest (http://www.iquest.net.my).