Koleksi Perpustakaan

KOLEKSI AM

Koleksi akses terbuka ini terdiri daripada buku-buku dalam bidang perubatan dan berkaitan di samping buku-buku bidang perkara umum seperti pengurusan, teknologi maklumat, agama, bahasa dan kesusasteraan (termasuk fiksyen). Bahan-bahan dalam koleksi ini boleh dipinjam oleh pelanggan dengan kelayakan pinjaman berdasarkan kategori masing-masing.

 

KOLEKSI TESIS

Menempatkan tesis para pelajar Fakulti Perubatan. Bahan-bahan tersebut hanya untuk rujukan sahaja.

 

KOLEKSI RUJUKAN

Mengandungi bahan-bahan seperti kamus, ensaiklopedia dan buku panduan dalam bidang perubatan dan berkaitan termasuk juga bahan rujukan dalam bidang perkara umum. Bahan ini tidak boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan di dalam perpustakaan.

 

KOLEKSI MEDIA

Mengandungi bahan-bahan pandang dengar di dalam bentuk CD, DVD, video, slaid, kit dan kaset. Para pelanggan boleh menggunakan bahan-bahan ini di bilik tayangan. Pinjaman bahan ini terhad kepada kategori ahli tertentu sahaja. 

 

KOLEKSI KHAS/DOKUMEN

Koleksi ini terdiri daripada bahan dokumen terbitan badan-badan kerajaan dan badan antarabangsa seperti WHO dan sebagainya. Pelanggan boleh meminjam bahan koleksi ini.

 

KOLEKSI PILIH SIMPAN

Koleksi ini meliputi Koleksi Jurnal Kebelakangan dan buku-buku yang tidak dipinjam dalam tempoh tertentu. Bahan dalam koleksi ini boleh dipinjam oleh pelanggan dengan kelayakan pinjaman berdasarkan kategori masing-masing.