ID    PWD 
Maklumat Umum
Keahlian
Kelayakan Pinjaman
Peraturan Perpustakaan
e-Tutorial
Kemahiran Maklumat
CARIAN

Di Laman Web
Katalog Gemilang
Google Scholar
Main Page  Perkhidmatan dan Kemudahan  Maklumat Umum

Perkhidmatan dan Kemudahan

Pinjaman

Kelayakan pinjaman berbeza mengikut kategori keahlian. Lihat kelayakan pinjaman. 

Perkhidmatan Pinjaman Layan Diri

Mesin Pinjaman Layan Diri adalah perkhidmatan yang disediakan oleh PPPUKM untuk memudahkan pelanggan perpustakaan meminjam bahan secara layan diri tanpa melalui Kaunter Pinjaman.


Perkhidmatan Unit Pemulangan Layan Diri (Book Returning Unit)
Pelanggan perpustakaan boleh memulangkan bahan yang dipinjam melalui mesin pemulangan layan diri yang ditempatkan di Ruang Baca 24 jam. Pelanggan boleh memulangkan bahan walaupun selepas perpustakaan ditutup dan resit akan dikeluarkan sebagai bukti pemulangan.



Kemudahan Internet

Semua komputer di dalam perpustakaan disediakan dengan kemudahan internet. Di samping itu, Perpustakaan juga mempunyai kemudahan WIFI.


Ruang membaca 24 jam

Ruang yang terletak di hadapan pintu masuk Perpustakaan dilengkapi dengan kemudahan WIFI dan pengguna juga disediakan dengan ruang yang selesa untuk perbincangan berkumpulan.


Bilik Mesyuarat 

Bilik Mesyuarat Perpustakaan dibenarkan untuk tujuan perbincangan sekiranya tidak digunakan dengan syarat perlu ditempah terlebih dahulu.


Makmal Multimedia

Makmal multimedia boleh memuatkan 26 orang pada satu-satu masa dan boleh ditempah oleh pelanggan Perpustakaan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. 


Bilik Tayangan

Dapat memuatkan 40 orang pengguna. Sila berurusan dengan kakitangan untuk tempahan.

 

 

Lokar

Disediakan kepada pengguna dan dikenakan bayaran yang minima iaitu RM5 sebulan dan deposit sebanyak RM15. Sewaan Lokar menggunakan wang syiling juga disediakan dengan bayaran 50 sen setiap kali digunakan.

 

Pameran Buku Baru

Buku-buku baru akan dipamerkan di ruangan pameran buku baharu. Pengguna boleh terus membuat pinjaman bagi buku tersebut.


Pinjaman Antara Perpustakaan

Pinjaman buku dari perpustakaan lain di mana buku tersebut tiada dalam koleksi Perpustakaan UKM. Perkhidmatan ini adalah percuma.

Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (SPP)
Pengguna perpustakaan boleh membuat permohonan untuk mendapatkan salinan artikel yang tidak terdapat di Perpustakaan PPUKM melalui perkhidmatan pembekalan dokumen secara dalam talian dengan kadar berikut : 

     Kadar Bayaran Permintaan Dalaman :

InstitusiKadar Bayaran
Universiti TempatanPercuma
British Library Kakitangan Akademik - 5 artikel Percuma 
Pelajar Siswazah UKM - 3 artikel Percuma
Artikel berikutnya : RM 10.00 per artikel

 

     Semua bayaran bagi permintaan dalaman adalah dalam bentuk tunai.


Perkhidmatan Dalam Talian


Perpustakaan PPUKM juga menyediakan Perkhidmatan Permohonan Sistem Pembekalan Dokumen, Pinjaman Antara Perpustakaan, cadangan buku baru dan pendaftaran secara dalam talian bagi memudahkan pelanggan memohon dan memperolehi bahan dan maklumat yang diperlukan.


Kursus Kemahiran Maklumat
Kursus Kemahiran Maklumat disediakan di perpustakaan untuk membina kemahiran mengakses bahan dan maklumat secara berkesan bagi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Kursus ini disediakan secara berjadual dan secara atas permintaan pelanggan.


Perkhidmatan Pakej Maklumat
Merupakan permohonan untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu bidang/ tajuk berkaitan perubatan daripada pelbagai sumber maklumat samada bercetak, media atau elektronik.


Perkhidmatan Pay Per View
Menyediakan perkhidmatan pembekalan artikel jurnal yang tidak dilanggan oleh Perpustakan iaitu bagi beberapa pangkalan data yang tidak dilanggan perpustakaan. Perkhidmatan ini adalah percuma. Permohonan adalah menggunakan sistem i-Quest (http://www.iquest.net.my)



Log Masuk
ID Pengguna
Kata Laluan
Ingat ID Saya
Daftar Pengguna Baru
CARA UNTUK MENDAFTAR
* Lupa Kata Laluan? *

New Arrivals

Ward rounds in obstetric and neonatology
Ward rounds in obstetric and neonatology
Review of radiologic physics
Review of radiologic physics
Obstetrics for undergraduates
Obstetrics for undergraduates
Malaysian stamp duty handbook
Malaysian stamp duty handbook
Interventional pain management : a practical approach
Interventional pain management : a practical approach
IADVL color atlas of dermatology
IADVL color atlas of dermatology
Getting research published : an A to Z publication strategy
Getting research published : an A to Z publication strategy
Essentials of biophysics in nursing : for basic BSc nursing
Essentials of biophysics in nursing : for basic BSc nursing
Contact and occupational dermatology
Contact and occupational dermatology
Atlas of Osteopathic Techniques Third Edition
Atlas of Osteopathic Techniques Third Edition
A Practical Guide to Fetal Echocardiography: Normal and Abnormal Hearts
A Practical Guide to Fetal Echocardiography: Normal and Abnormal Hearts
A practical approach to movement disorders : diagnosis and management
A practical approach to movement disorders : diagnosis and management
Essentials for nursing practice
Essentials for nursing practice
Diagnostic ultrasound : musculoskeletal
Diagnostic ultrasound : musculoskeletal
Problem Solving in Emergency Radiology
Problem Solving in Emergency Radiology
  < 2018 >  
<< < December > >>
25 26 27 28 29 30 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31 01 02 03 04 05