Pengenalan

Perpustakaan Pusat Perubatan UKM memulakan perkhidmatannya pada Julai 1997. Perpustakaan ini menyediakan sumber maklumat yang berkualiti, kemudahan serta perkhidmatan bagi menyokong pembelajaran,pengajaran dan aktiviti penyelidikan bagi semua fakulti yang berada di Kampus Kesihatan UKM. Dengan keluasan 20,000 kaki persegi, Perpustakaan ini boleh memuatkan lebih kurang 200 orang pengguna.