Misi & Objektif

Misi

Misi perpustakaan adalah untuk memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan bagi para pelajar, pensyarah, dan kakitangan Fakulti Perubatan dan untuk menyediakan perkhidmatan maklumat kepada pakar-pakar perubatan dan klinikal di Kampus Kesihatan UKM. Justeru, perpustakaan bertekad untuk menyokong komuniti berasaskan ilmu pengetahuan.

Objektif

  1. Membina koleksi terunggul dalam bidang perubatan
  2. Memberikan perkhidmatan berkualiti berlandaskan teknologi terkini
  3. Menyelenggara dan memelihara koleksi sebagai khazanah ilmu yang berkualiti
  4. Menyokong usaha UKM untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam penggunaan teknologi maklumat
  5. Menyediakan maklumat kepada pakar perubatan dan klinikal untuk pembangunan masyarakat dan negara