<%@LANGUAGE="VBSCRIPT" CODEPAGE="1252"%>
   
FAQ (Frequently Asked Questions)
 

FAQ PORTAL PERPUSTAKAAN PPUKM

 

1)      S.1             Apakah yang dimaksudkan dengan Portal Perpustakaan PPUKM?

 J.1           Ia merupakan sebuah gerbang Internet yang menawarkan pelbagai sumber dan perkhidmatan Perpustakaan Pusat Perubatan UKM dalam sebuah Laman Web. Portal ini membolehkan pengguna mengakses kepada enjin pencarian maklumat, sumber elektronik seperti pangkalan data langganan, multimedia dan E-books serta perkhidmatan elektronik yang ditawarkan oleh perpustakaan seperti Pinjaman antara Perpustakaan, Permohonan Pembekalan Dokumen, Cadangan Buku Baru dan sebagainya. Portal ini boleh diakses dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan sendiri yang diperolehi dengan mendaftar dalam borang pendaftaran elektronik yang disediakan oleh Portal Perpustakaan PPUKM.

 

2)      S.2             Apakah keperluan perisian yang minimum bagi mengakses kepada Portal Perpustakaan HUKM?

 J.2             Keperluan perisian yang minimum untuk mengakses Portal Perpustakaan HUKM adalah perisian Internet Explorer versi 5 dan keatas atau perisian Netscape 6 dan keatas.

 

3)      S.3             Bagaimana untuk mendaftar Portal Perpustakaan PPUKM?  

J.3                         Pengguna dikehendaki mendaftar dahulu mengikut kategori tertentu dalam laman pendaftaran elektronik yang disediakan dengan klik “Daftar Pengguna Baru” bagi mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan. Kemudian, pengguna dikehendaki mengisi butiran peribadi dalam ruangan tersebut. Butiran yang bertanda * adalah wajib diisi. Sila tekan ikon ‘hantar pendaftaran” setelah pengguna selesai mengisi butiran peribadi. Sila semak butiran tersebut dan klik ‘sahkan Pendaftaran’ untuk pengesahan. Pengguna boleh mengakses kepada Portal Perpustakaan dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang anda isi dalam ruangan pendataran.

 

4)      S.4             Apakah kategori keahlian untuk mendaftar Portal Perpustakaan HUKM?

 J.4             Kategori keahlian meliputi Keahlian Kakitangan dan Pelajar UKM.

 

5)  S.5                         Bilakah saya boleh mendaftar atau ‘login’ Portal ini?

      J.5               Bila-bila masa setelah anda menjadi kakitangan dan pelajar UKM. Sila daftar menggunakan borang secara atas talian yang disediakan. Pelajar yang telah mendaftar boleh mewujudkan User ID dan Kata Laluan sendiri melalui borang tersebut. Setelah itu, pihak Perpustakaan akan mengaktifkan (activate) akaun anda. Setelah aktif, anda boleh login Portal menggunakan User ID dan Kata Laluan tersebut.

 

6) S.6              Adakah saya boleh mengakses Portal Perpustakaan dari Luar Kampus atau dari rumah ?

J.6               Ya, Anda boleh mengakses Portal Perpustakaan dari mana sahaja asalkan anda mempunyai talian Internet samada di rumah, Siber Café, dan dari Luar Kampus. Portal ini juga boleh diakses pada bila-bila masa iaitu 24 jam sehari melalui talian Internet.

 

7)   S.7            Apakah yang perlu saya perlu lakukan jika terlupa kata laluan?

 J.7             Anda boleh klik pada pautan ‘Lupa Kata Laluan?’ dan sila berikan User ID atau email anda. Sistem akan memberikan kata laluan kepada melalui email anda atau Sila hubungi Pustakawan, Bahagian Perkhidmatan dan Khidmat Pelanggan ; Encik Azman Idris di talian 03-9455336 / email: azmanid@ppukm.ukm.my atau Encik Azlan Mohamad Hamzah ditalian 03-91455337 / email: lanzmh@ppukm.ukm.my dan melalui Kaunter Perpustakaan di talian 03-91455330

  

8) S.8              Saya telah mendaftar untuk kategori ahli kakitangan tetapi mengapa saya masih belum boleh login Portal Perpustakaan walaupun saya telah mempunyai user id dan kata laluan?

 J.8               Anda tidak boleh login portal kerana pihak Perpustakaan HUKM belum mengaktifkan akaun anda. Anda boleh login sebaik sahaja kami mengaktifkan akaun anda. Sila berhubung Pustakawan, Bahagian Perkhidmatan dan Khidmat Pelanggan ; Encik Azman Idris di talian 03-91455336 / email: azmanid@ppukm.ukm.my atau Encik Azlan Mohamad Hamzah ditalian 03-91455337 /email: lanzmh@ppukm.ukm.my dan melalui Kaunter Perpustakaan di talian 03-91455330 

 

9) S.9              Bagaimana cara untuk 'Logout' dari Portal Perpustakaan HUKM setelah tamat menggunakannya ?

      J.9               Anda perlu klik pada Ikon Keluar / ‘Logout’ jika anda ingin 'Logout' setelah tamat menggunakan Portal Perpustakaan HUKM

                                                             

10) S.10          Bagaimana cara saya mengakses pangkalan data langganan Perpustakaan PPUKM?


J.10             Anda boleh mengakses Pangkalan data langganan Perpustakaan PPUKM dengan Klik pada pautan Pangkalan Data Langganan (Subscribed Databases) yang terdapat pada halaman utama portal.

 
11) S.11           Apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Portal Perpustakaan HUKM?  

 J.11          Selain daripada perkhidmatan pencarian maklumat melalui pangkalan data ,  Perkhidmatan berikut disediakan oleh Portal Perpustakaan PPUKM iaitu :

                  * Pinjaman Antara Perpustakaan (Buku)
                  * Perkhidmatan Pembekalan Dokumen  (Artikel)
                  * Cadangan Buku Baru
                  * Pencarian Bahan melalui Katalog Awam Dalam Talian (OPAC) - GEMILANG
 

12) S.12          Siapakah yang boleh saya hubungi jika mempunyai masalah berkaitan Portal  PPUKM?

 J.12           Sila hubungi Pustakawan, Bahagian Perkhidmatan dan Khidmat Pelanggan ; Encik Azman Idris di talian 03-91455336 / email: azmanid@ppukm.ukm.my atau Encik Azlan Mohamad Hamzah ditalian 03-91455337 /email: lanzmh@ppukm.ukm.my dan melalui Kaunter Perpustakaan di talian 03-91455330

  

 
 
 


 

 
Best viewed at 800x600 or higher, Using IE 5.x, Netscape 6.x or greater browsers
Copyright © 2007 HUKM Library All rights reserved.