|
Pengumumam Kepada semua Pelanggan Perpustakaan PPUKM Perpustakaan PPUKM kini telah berpindah kepada Portal Versi baru mulai Ogos 2007. Proses penaiktarafan sedang dijalankan dan kami mengharapkan peralihan dari sistem lama kepada yang baru berjalan dengan lancar. |
|
Bagaimana untuk mendaftar : Web
Portal Perpustakaan memerlukan semua pelanggan berdaftar mendaftar
secara dalam talian (online) bagi membolehkan mengakses kepada perkhidmatan
dan sumber-sumber elektronik di perpustakaan. Untuk ahli Kakitangan dan Pelajar UKM Sila mendaftar di bawah "Pendaftaran Ahli". Sila ikut Prosedur Pendaftaran. Pengguna yang telah selesai mendaftar sila emailkan kepada lanzmh@ppukm.ukm.my bersama dengan butiran pendaftaran anda (cth: Nama penuh, ID Pengguna) bagi tujuan mengaktifkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda. Untuk Ahli individu yang lain : Pada masa sekarang, kami menumpukan kepada ahli / pelanggan perpustakaan dalaman sahaja (Kakitangan dan Pelajar UKM sahaja) untuk mendaftar secara atas talian. |
|
Prosedur Pendaftaran : 1.Sila taip http://lib.hukm.ukm.my 2.Pilih 'Daftar Pengguna Baru' 3.Pilih pilihan pendaftaran berdasarkan kategori anda (cth: kakitangan, pelajar) 4.Pilih 'Daftarlah sekarang' 5.Lengkapkan butiran yang dikehendaki 6. ID dan Kata Laluan boleh jadi sebagai sebarang perkataan atau frasa ( sila gunakan huruf kecil) atau nombor (cth : ahmad, ros2003, cute_michell) 7. Butiran berlabel * adalah wajib diisi. 8. Untuk nombor pelajar dan kakitangan sila gunakan : A (nombor anda) atau P (nombor anda) atau K (nombor anda) ( cth: A12345, P12345, K01234) 9. Pilih 'hantar Pendaftaran' 10. Sila email kepada lanzmh@ppukm.ukm.my bersama dengan butiran pendaftaran anda (cth: Nama penuh, ID Pengguna) bagi tujuan mengaktifkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda. 11. Sila 'login' menggunakan ID Pengguna dan kata Laluan yang anda cipta setelah pendaftaran anda disahkan..
Sebarang Pertanyaan dan Kemusykilan berkenaan Pendaftaran Portal baru sila email ke : lanzmh@ppukm.ukm.my |
Paparan terbaik pada 800x600 menggunakan Microsoft Internet Explorer (IE) versi 5.0 dan ke atas atau Netscape versi 5.0 dan ke atas.